air terjun

Ranking Air Terjun Tertinggi Didunia

Di Malaysia, Air Terjun Gunung stong yang terletak di Kelantan merupakan air terjun paling tinggi di Malaysia dan Asia Tenggara dengan ketinggian 412m berbanding air terjun kedua tertinggi iaitu 359m yang terletak di Pahang. tahukah anda bahawa air terjun boleh mencapai melebihi paras ketinggian bangunan KLCC? Namun, ianya terletak di luar negara, jom kita ikuti senarai 10 Air terjun tertinggi di dunia.

10 – Skrikjofossen (Hordoland, Norway)

Air Terjun yang dinamakan sebagai Skrikjofossen terletak di Negara Norway. Ketinggiannya ialah 455m

image 19


9 – Sutherland Falls

Air terjun ini terletak di sebuah hutan rimba di Fordland, New Zealand. Ketinggian air terjun ini hamper mencapai 580m dalam 3 lapisan yang berbeza-beza. Dikhabarkan punca mata air terjun ini berpunca daripada sebuah tasik yang terkenal sebagai Kawasan tadahan air hujan sepanjang tahun. Oleh itu, masyarakat setempat menganggap bahawa ianya merpuakan air terjun paling indah di New Zealand. 

image 20

8 – Langfoss

Air terjun ini terletak di Hordaland, Norway dengan ketinggian dari laut mencecah 612m. Uniknya, Air terjun ini berpunca daripada dari atas atas gunung, mengalir terus di sebuah tasik di lereng bukit gunung berapi.

image 23

7 – Snow Creek Falls

Di sebuah taman negara di California Amerika Syarikat, salah satu daya tarikan pelancong adalah air terjun yang ketinggiannya mencecah 652m atau 2140 kaki.

image 25

6 – Yosemite Falls

Selain daripada Snow Creek Falls, terdapat sebuah lagi air terjun juga terletak di taman negara California, Amerika Syarikat dikenali sebagai Air Terjun Yosemite. Ianya mempunyai dua lapisan dan ketinggiannya mencecah 739M atau 2429 kaki. Ianya merupakan symbol ikonok bagi Taman Negara tersebut.

image 26

5 – Kjelfossen

Air Terjun Kjelfossen ini terletak di sebuah penempatan terpencil di lereng bukit, Norway. Air Terjun ini mempunyai ketinggian 755m atau 2.477 kaki. Anda boleh melihat betapa tinggi nya air terjun tersebut walaupun sejauh 5KM.

image 28

4 – Catarata Gocta

Air Terjun yang dinamakan sebagai Catarata Gocta ini telah diukur oleh sekumpulan ekspidisi tempatan juga telah disahkan oleh pihak National Graphic bahawa ketinggiannya ialah 771m atau 2531 kaki dari aras laut. Ianya merupakan suatu kebanggan bagi rekyat tempatan Chaschas di Peru Utara. Berdasarkan gambar dibawah, lapisan yang pertama mempunyai ketinggian 230m diikuti 531 pada lapisan kedua.

image 29

3 – Ramnesfjellsfossen

Air terjun ini mengalir daripada sebuah tasik di atas gunung ke tasik Lovatnet, Norway. Mengikut kajian warga tempatan, air terjun ini mempunyai ketinggian 818m atau 2,685 kaki. 

image 43

2 – Browne Falls

Di sebuah penempatan kecil yang terletak di Fiordland New Zealand, terdapat satu lagi air terjun yang dikatakan sebagai air terjun tertinggi di dunia yang dinamakan sebgai Browne Falls. Dikhabarkan, ketinggiannya mencecah 836M atau 2,744 kaki. 

image 45

1 – Angel Falls

Akhirnya, air terjun yang tertinggi  di dunia dan bumi milik Angel Falls yang terletak di Canaima, Venezuela. Ianya juga dikenali sebgai Salto Angel oleh masyarakat tempatan. Mengikut kajian yang telah dijalankan, ketinggian bagi air terjun ini mencecah 979m atau 3,212 kaki dari aras laut. Disebabkan air terjun ini terlalu tinggi, masih lagi belum ada yang mampu menjejakkan kaki di puncak air terjun tersebut. Ianya masih lagi misteri di kalangan pecinta alam.

image 46

Sumber: https://www.world-of-waterfalls.com/top-10-tallest-waterfalls/ 

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *